![]() |
| Happy "20th" Birthday |
Jastin Bubir yang menetap di Amerika pulang
ke kampung halamannya di Malaysia kerana
mendapat berita yang neneknya mahu mewasiatkan
dan mewarisi sesuatu kepada beliau.Jastin Bubir
gembira mendengar berita tersebut dan akhirnya
sampai juga ke kampung walaupun sesat.
Nenek Gaga: "Cucuku Jastin Bubir, nenek sudah
tak larat lagi nak berfesyen pelik-pelik lagi. Nenek
nak berkebun pun dah tak larat ni, lenguh tangan.
Baik nenek tengok AF 9 je sekarang. Jadi sebelum
apa-apa jadi kat nenek, kamu usahakan la kebun
tu ye cu"
Jastin Bubir: "Nenek, jangan cakap begitu..Mana
ada orang gila fesyen dari nek..tapi..(berbisik sendiri)
bagus gak.
Nenek Gaga: "Takpe cu, nanti di kebun tu segala
benda tolong jaga baik-baik ye. Banyak benda nenek
bela kat situ. lembu, kambing, ayam dan banyak lagi
la cu. Dari sini la nek buat baju daging aritu, kesian
lembu nenek tu. Beruno Mas namanya."
Jastin Bubir: "Baiklah nek, jangan bimbang nanti JasBir
(Gabungan Jastin dan Bubir) tolong usahakan. dah ada
plan nak buat pe dah ni..Kat mana kebun nyer nek,
tak sabar nak jadi petani yang rajin. (tiru gaya Oh Yeah,
tangan di dada, mata pandang ke atas).
Nenek Gaga: "Bagus cucu nenek ni, sayang lebih2 ni.
(sibuk nak tiru gaya Oh Yeah gak). Nah amek ni"
Jastin Bubir: "Apa ni nek?"
Nenek Gaga: "Kamu balik nanti bukak la FACEBOOK ye,
jaga FARMVILLE nenek tu. tu email dengan password
nyer la cu. jangan lupa siram hari-hari ea"
Jastin Bubir: "Err nenek ni!, malas la nak nyanyi live
kat Malaysia nanti. merajuk huh! "

No comments:
Post a Comment